BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 26

::sebelum dibius cinta::

petikan dari : "Bercinta Sampai Syurga"-Hasrizal Abdul Jamil


'Sedar' sebelum dibius cinta, jgn tergesa-gesa menjawabnya, fikirkan satu persatu, sehari demi sehari, sebelum menabur janji menyulam kata, sebelum janji dimeterai, sebelum ikatan disahkan agama....

Syukur alhamdulillah, aku disahkan mengandung. Tetapi alahanku menyebabkan aku tidak mampu mencium baumu sayang. Mendekatiku sahaja sudah cukup mengundang loya. Entahlah berapa lama, mungkin sebulan dua, mungkin empat lima bulan. Ada mungkin bukan sahaja untuk kandungan kali pertama, malah yang depan2 juga. Sabarkah engaku dengan kerenahku? Masihkah aku ini cintamu di kala itu?

Semasa mengandung, aku tidak lalu makan. mulutku asyik mengeluh sakit, sana sini. Tidur sering tidak lena, aku yang ceria berubah menjadi pemarah dan sering berduka. Bukan aku sengaja, segala ku rasa di setiap inci tubuhku,menimbulkan resah dan tidak selesa. Sabarkah engkau dengan kelemahanku ini?

Andai selepas beberapa tahun berumah tangga, aku diputuskan mandu; dan tidak mampu merahimkan cahaya mata impian kita, apakah aku masih kekasihmu?

Jika ditakdirkan Allah, diuji dengan barah payu dara, terpaksa mengorbankan salah satu atau keduanya??kimoterapi meluruhkan rambutku yang pernah menjadi pujianmu, tubuhku lemah menumpang kasih dalam pelukanmu, berak kencingku di dalam kain batik yang pernah kau hadiahkan kepadaku, masihkah engkau mencintaiku???

*saje nk share..harap ustaz Hasrizal xmarah..hehe..ni soalan perempuan kpd lelaki sblm kwin..sanggup ke hadapi semua ni nanti?...=(..yg soalan lelaki pd pmpn lak..nk tau??..beli la buku 2...=)


0 bebelan:

::kisah kasih double S::

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...